BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 26, 2012

hew :p

i was writing because i'm bored. yeah it's one of my interest. i put an picture in the end of my karangan because  I love editing pic n art. n yeah nak bagi tak nmpk cam full of word sangat! hew :p



hikayat dua. test?

Explain at least THREE (3) ways that record or information may be retrieved. 6 marks.


tu yg tertera pada kertas test Record Management.  Farish memerhatikan soalan itu bagaikan seorang yg berpuasa memandang makanan di hadapan sementara menanti waktu berbuka.  Tiada riak muka terpapar di muka.  Farish mengangkat muka dari kertas keramat tersebut.  Matanya liar memerhati classmate dia yg sedang kusyuk menjawab test.  Macam-macam ragam dapat dilihat, Amir atau lebih dikenali sebagai Mat dah lelap ke dunia lain, manakala Daus, president AMC sedang garu kepala dan sebagainya.  Biasalah manusia, berbeza antara satu sama lain, setiap manusia mempunyai perangai dan ragam yg berbeza, maka begitu juga la ragam menjawab test. menarik kan manusia? heh

Farish mengalihkan pandangannya ke Abe yg berada di sebelah kanannya.  Laju je tangan Abe bekerja di atas kertas. entah apa yg di gorengnya tak tahulah.  'apa yang mamat ni tulis' itu yg bermain dalam otak Farish.  Sekali lagi dia memandang sekeliling, memerhatikan Miss Fau yg berada di meja depan.

"abe" bisiknya perlahan sambil matanya masih memerhati Miss Fau, kot kot kantoi berbisik, saja je kena jawab kat luar, tak pun markah kena potong, tu okay lagi, sekali diambil nya paper tu, tak dapat jawab terus, mau mati katak, test kosong. carry mark dah kurang. confirm-confirm kena struggle habis utk final. Tu memang mimpi ngeri la beb. 

"apa Farish" Abe turut berbisik, memang tu code of conduct bercakap ketika test berlangsung.

"tau tak jawapan section B, yang no 3 tu?"

"yang tu aku hentam jela"


"bagi aku paper kau, aku nak salin"

"nah. cepat sikit" Abe menghulurkan kertas keramat itu sambil memerhati Miss Fau. Kertas bertukar tangan. Kertas jawapan Abe di letakkan di atas pahanya. Tangan kanannya mula beroperasi.  Mata memainkan peranan penting utk menscan maklumat dari kertas Abe. Tidak sampai lima minit kertas di pulangkan ke pemilik asalnya.  Baru je Abe nak menyambung menjawab test, sekali lagi kedengaran namanya dibisik Farish.

"apa lagi?"

"yang ni Abe" Farish sambil sengih sumbing memandang Abe sambil tangannya menunjukkan soalan bernombor 4. Abe geleng kepala. Farish kau memang plan nak tanya semua kat aku ke?


...............................................................................................................................................

Jam di Unimart menunjukkan jam 4.30. Lebih kurang dalam 15 minit lepas azan asar berkumandang. Kelihatan manusia lalu lalang di hadapan surau lelaki itu, namun hanya dua daripada sepuluh yang singgah.  kebarangkalian mereka uzur. kalau perempuan boleh cakap la, ni lelaki? oke positif lah. diorang dah solat, dengar-dengar azan je terus diorang solat. ? yela kot.

Sam kelihatan sedang mengikat tali kasut di pintu surau.  Setelah selesai, bingkas dia bangun bangunan satellite. Bangunan yang menempatkan library, Faculty Art, Masscom, pejabat bci, makmal komputer yg khususnya diguna kan student faculty art and design. dan beberapa kelas.  Dia menaiki lif ke tingkat dua dan masuk ke LT1.  Sebuah dewan kuliah yg agak luas.  Sesuai diguna semasa meeting.

"korang dah siap dah surat Farish tu?" itu soalan pertama Sam setelah memasuki LT1.

"dah nak habis dah ni Sam" jawab Man tanpa mengalihkan pandangannya dari laptopnya.  Iqbal, salah seorang housemate mereka sedang memerhati apa yg ditulis Man.

"Sam, Farish tak habis test lagi ke?"

"haah, tapi mcm dah lama je, meh aku nak tgk surat"  Man memusingkan laptopnya mengadap Sam.  Dia meneliti word by word dengan teliti.

"bosan, lapar, hrm apa nak buat ni?" rungut Iqbal sambil menongkat dagu di sebelah Man.

"wehh korang" Empat mata melihat tuan punya suara. Pijoe sedang menuju ke arah mereka.  Pijoe adalah seorang student yg mengambil Diploma in Environment Health dan tidak lupa merangkap housemate mereka jugak.

"test okay?" ringkas dan padat soalan Sam. Oya Pijoe pun senasib dengan Farish, berhadapan dengan test pada waktu dan hari yang sama, cuma lain kelas, lain courses.

"oke la kot, kenapa korang lepak sini? kenapa bkn library?"

"Dengan aku pakai macam ni, mmg harapan menjadi layu la nak masuk library"  yah. Library kat Unisel ni memang agak strict, or maybe cerewet la lagi sedap didengar.  Pakai t-shirt pun tak boleh masuk, jeans? kirim salam.  Tak pakai kad matrix, lagi kau kena tabur.  Dengan Sam yang pakai billabong victory cap berwarna grey, t-shirt strip merah hitam, jeans pelik, susah nak described, dah mcm hipster plak.  Man pulak dengan gaya macam apek nak pergi beli paper kat kedai, t-shirt putih, cap kosong yg biasa dipakai orang muda, dan tak lupa jeans yg selalu dipakainya, jarang sekali tgk dia pakai seluar lain.  Korang rasa dgn gaya macam tu librarian yg cerewet tu nak bagi masuk? harapan menjadi layu.

"kau pun satu. tau nak g library tu pakai lah elok sikit"

"malas" ringkas jawapan Sam.  Malas.  Itu memang jawapan standard Sam bagi apa saja benda dalam hidup dia.  Apa yang dia rajin?  Makan? tak jugak, but that doesn't mean dia jenis makan sikit, sekali makan kalah orang yang 2 kali ganda dia.  back to the point, apa yg dia rajin? maybe melukis. tidur dan maybe merayap.  lebih kurang macam Man, cuma bezanya tahap kemalasan Man jauh lagi tinggi dari Sam.

"Farish tak habis test lagi ke"  Sekali lagi soalan itu keluar dari mulut Iqbal. Maybe dia rindu kawan tadika dia tu kot.  Oh sebelum lupa, actually Farish dan Iqbal adalah kawan sejak di buaian tadika lagi.

"oi apa sebut nama aku?" akhirnya makhluk ni muncul jugak.  Mukanya busuk mencuka.  Nampak side effect test yg kuat.

"macam mana dgn ..." belum sempat Man habis tanya Farish mencantas soalan itu terlebih dahulu.

"jgn tanya apa pasal test"

"okay takziah utk kau" tutur Sam tanpa menunjukkan apa-apa riak muka, muka tiada perasaan.  Memang heartless mamat ni.

"so nak pergi mana ni? jom lah makan, aku lapar doh" sambil mengusap perut Iqbal mengajak sekalian housemate nya.

"jom la hakim, cun?" cadang Sam sambil menyilangkan messenger di bahu.

"cun"

"jom"

"moh ler kita"



p/s: this is sequences of this story




Thursday, November 22, 2012

hikayat satu. untitled. maybe


kelihatan ramai student sedang melepak di Greenhouse, Unisel. Greenhouse? nama cafe yg sering menjadi tumpuan student untuk melepak sebelum atau sesudah kelas.

"tak menarik pun" monolog Sam sendiri sambil menggaru kepala yg tak gatal.  Matanya ligat memerhati di sekitar Greenhouse, mencari sesuatu.

"oiit. sudah-sudah la tu usha awek, baik kau tlg aku cari parking kosong"  rungut Farish tak tahan dgn kerenah member sorang ni.  Yela siapa tak nyampah, kawan tgh panas cari parking tapi member boleh mengusha awek la. kalau senyap takpe. sabar jela.

"ala relax la. mata kau sorang cukup nak cari park, by the way Man kan ada, Man kau tolong usha sikit, bising je bonzer ni" bonzer. nickname Farish. Maryam a.k.a Meyyoo adalah orang pertama yang memanggil Farish dgn nama tersebut, ni menyebabkan member lain pun turut memanggilnya begitu. heh.

"haa. kat depan tu kosong, tapi atas bumper la" Man bersuara sambil menunjukkan parking kosong yg terletak berhadapan dengan bilik MPP, short form kepada Majlis Perwakilan Pelajar.  Nama je mcm gempak, tapi macam tak function. opps. sorry no offence! hee

Segera Farish menggerakkan Opel Astra F miliknya itu ke parking tersebut, tak sampai dua minit, kemas kereta buatan German itu mengisi ruang parking depan bilik MPP itu.

"hah. jom lah"

langkah Farish terhenti ketika ingin membuka pintu, kelihatan Khairul Nizam atau lebih selesa dipanggil Abe kelihatan sedang menuju ke arah kereta Farish.

"Abe, awal kau sampai" sapa Farish sambil menghulur salam.

"awal mende, aku tadi sampai pukul 1, aku saja datang awal sikit sebab nak study"

"perghh. Abe study la, nanti aku duduk sebelah la ye" Farish senyum ada makna.

"ah takde, kau dah zohor belum? dah pukul 1.30 ni, kejap lagi pukul 2 dah test dah"

"aaaa, tu kejap lagi" Farish tersengih kelat. Abe memang macam ni, asyik tanya soalan mcm ni walaupun tahu Farish ni jenis lekat tak letak dgn surau.

"ha. dengarlah sikit nasihat Abe tu, ore tua lagi berpengalaman banyak" sindir dalam diam Sam.

"ah kau Sam, tua-tua tu slow sikit, aku baru 27 kot, muda lagi"

"yeh muda, kalau 27 compare dgn 20 mana lagi muda agak2?" tambah Sam dgn sengih troll terukir di bibirnya.

"ngok ngek mu, kau ada hal datang unisel ni Sam?"

"ni teman Farish dgn nak jumpa BCI, ada hal sikit"

"dah la Abe, aku nak pergi surau, jumpa dalam kejap lagi"

"orrite" Farish membawa kaki menuju ke surau yg hanya bersebelah dengan bilik MPP.  Sam dengan Man pula duduk di kerusi yg terletak di Greenhouse.

"Mana Farish pergi?" persoalan itu muncul bila Sam sedar Farish hilang.

"Dia pergi surau, kan tadi dia cakap"

"eh. aku tak perasan. hermm aku" Sam berdiri tanpa menghabiskan ayat.

"nape Sam?"

"Farish ni, buat aku cancel niat nak usha awek rini, jom Man, menunaikan apa yang perlu"

Man hanya tersengih yang membawa maksud 'aku malas la nak gerak' Setelah melihat tindak balas Man tu,
Sam hanya mengankat bahu dan berpaling menuju ke surau.  Man di biar duduk bersendirian di isi Greenhouse.  Termenung seorang diri.?

sementara di surau, Farish kelihatan sedang bersembang dengan Mooja.

"Mooja, kau tau tak katna boleh dapat mc kosong"

"kau nak buat apa?"

"aku nak masak kari, bodoh mestilah sebab lecturer aku mintak, haiya"

"mana nak tau kot kau nak simpan buat koleksi ke. mana nak tau kan?"

"dah dah merepek. ada tak?"

"member aku ada jual, tapi 55ringgit sekeping, mau tak mau"

"mahai nya, takleh kurang"

"takleh la. kau try la tanya dia sendiri"

"apa cerita" satu suara lain mencelah. Mooja dan Farish memandang dari mana datangnya suara tu.  Sam sedang berdiri di belakang Farish.

"adalah business sikit" jawab Mooja ringkas.  Sam hanya menggangguk dan berlalu ke bilik wuduk.  Hanya terdapat beberapa orang di situ, memudahkannya untuk mengambil wuduk, yela. kalau semua paip di bilik wuduk dibuka serentak, sudah tentu tekanan air menjadi perlahan.  Setelah selesai berwuduk Sam segera menunaikan kewajibannya itu.  Tidak lama kemudian Farish berjalan melalui saf Sam utk menuju ke saf hadapan yang kosong dan seterus faham la.  Suasana di surau kelihatan agak hidup, tapi bukan beerti bising.
Maybe some people say suasana yg memberi ketenangan.? tak sure la.

Sementara di caffee or Greenhouse, Man sedang termenung seorang diri, dah jauh ke borneo dia termenung.  Sarawak, Unimas. Mamat sorang ni plan nak fly ke Sarawak. kononnya dah jemu kat Unisel, tapi logik juga,
siapa yang tak fed up kalau problem bertimbun. Kalau nak diceritakan masalah sepanjang di Unisel, mmg takkan cukup satu buku. Dari first sem sampai last sem, ada je. heh.

"oi sampai mana" awan-awan berangan Man tiba-tiba hilang mendengar suara Sam.

"mana ada, fikir perancangan masa depan je"

"perancangan masa depan? kahwin? siapa?" laju je mamat ni buat hipotesis sendiri sambil duduk di kerusi kosong sebelah Man.

"ah merepek kau, tu Farish" Sam nak tergelak tapi terhenti sebab terasa bahunya di sentuh.  Dia menoleh, Farish kelihatan di sebelahnya.

"amboi sesuka hati mengata aku"

"eh mana ada. belum lagi actually, ni baru nak start mengata, tadi intro je" Man cakap dengan nada mintak kaki.

"dah sudah, weh Sam, Mooja cakap member dia jual mc kosong 55ringgit"

"woah, sekeping ke satu buku?" soal Sam menunjukkan minat

"sekeping la"

"mahal la" Man menambah.

"tapi prof tu nak kan" keluh Farish.

"habis camne?"

"hantar dulu surat, kalau dia takmau baru aku beli mc tu"

"cun"

"oya. Man, nanti kalau prof tu tanya no bapak aku, aku bg no kau ye, kau tlg jawab ye"

"gilaaaa. kau bg no Sam, dia lagi pandai nyamar" Man memindahkan tanggungjawab tersebut ke bahu Sam.  Sam hanya tersengih.  Sam, dalam bab menyamar dan prank phone call memang natural talent dia.  Dia pernah prank orang sampai kantoi semua rahsia mamat tu.

"Tarahal, belanja aku kickapoo sudah"

"aiya kau, ikhlas lah sikit"

"eleh, aku dah buat surat utk kau tu tak cukup ikhlas lagi?"

"yelaa kau. eh aku nak pergi test ni, korang ni nak gi bci kan?"

"hah. oke. selamat ye utk test"

"hah" Sepatah perkataan yang membawa maksud okay sudah memadai, lalu Farish pun menuju berlalu dari situ.

"okay Man, let's go"