Explain at least THREE (3) ways that record or information may be retrieved. 6 marks.
"apa lagi?"
"yang ni Abe" Farish sambil sengih sumbing memandang Abe sambil tangannya menunjukkan soalan bernombor 4. Abe geleng kepala. Farish kau memang plan nak tanya semua kat aku ke?
...............................................................................................................................................
Jam di Unimart menunjukkan jam 4.30. Lebih kurang dalam 15 minit lepas azan asar berkumandang. Kelihatan manusia lalu lalang di hadapan surau lelaki itu, namun hanya dua daripada sepuluh yang singgah. kebarangkalian mereka uzur. kalau perempuan boleh cakap la, ni lelaki? oke positif lah. diorang dah solat, dengar-dengar azan je terus diorang solat. ? yela kot.
Sam kelihatan sedang mengikat tali kasut di pintu surau. Setelah selesai, bingkas dia bangun bangunan satellite. Bangunan yang menempatkan library, Faculty Art, Masscom, pejabat bci, makmal komputer yg khususnya diguna kan student faculty art and design. dan beberapa kelas. Dia menaiki lif ke tingkat dua dan masuk ke LT1. Sebuah dewan kuliah yg agak luas. Sesuai diguna semasa meeting.
"korang dah siap dah surat Farish tu?" itu soalan pertama Sam setelah memasuki LT1.
"dah nak habis dah ni Sam" jawab Man tanpa mengalihkan pandangannya dari laptopnya. Iqbal, salah seorang housemate mereka sedang memerhati apa yg ditulis Man.
"Sam, Farish tak habis test lagi ke?"
"haah, tapi mcm dah lama je, meh aku nak tgk surat" Man memusingkan laptopnya mengadap Sam. Dia meneliti word by word dengan teliti.
"bosan, lapar, hrm apa nak buat ni?" rungut Iqbal sambil menongkat dagu di sebelah Man.
"wehh korang" Empat mata melihat tuan punya suara. Pijoe sedang menuju ke arah mereka. Pijoe adalah seorang student yg mengambil Diploma in Environment Health dan tidak lupa merangkap housemate mereka jugak.
"test okay?" ringkas dan padat soalan Sam. Oya Pijoe pun senasib dengan Farish, berhadapan dengan test pada waktu dan hari yang sama, cuma lain kelas, lain courses.
"oke la kot, kenapa korang lepak sini? kenapa bkn library?"
"Dengan aku pakai macam ni, mmg harapan menjadi layu la nak masuk library" yah. Library kat Unisel ni memang agak strict, or maybe cerewet la lagi sedap didengar. Pakai t-shirt pun tak boleh masuk, jeans? kirim salam. Tak pakai kad matrix, lagi kau kena tabur. Dengan Sam yang pakai billabong victory cap berwarna grey, t-shirt strip merah hitam, jeans pelik, susah nak described, dah mcm hipster plak. Man pulak dengan gaya macam apek nak pergi beli paper kat kedai, t-shirt putih, cap kosong yg biasa dipakai orang muda, dan tak lupa jeans yg selalu dipakainya, jarang sekali tgk dia pakai seluar lain. Korang rasa dgn gaya macam tu librarian yg cerewet tu nak bagi masuk? harapan menjadi layu.
"kau pun satu. tau nak g library tu pakai lah elok sikit"
"malas" ringkas jawapan Sam. Malas. Itu memang jawapan standard Sam bagi apa saja benda dalam hidup dia. Apa yang dia rajin? Makan? tak jugak, but that doesn't mean dia jenis makan sikit, sekali makan kalah orang yang 2 kali ganda dia. back to the point, apa yg dia rajin? maybe melukis. tidur dan maybe merayap. lebih kurang macam Man, cuma bezanya tahap kemalasan Man jauh lagi tinggi dari Sam.
"Farish tak habis test lagi ke" Sekali lagi soalan itu keluar dari mulut Iqbal. Maybe dia rindu kawan tadika dia tu kot. Oh sebelum lupa, actually Farish dan Iqbal adalah kawan sejak di buaian tadika lagi.
"oi apa sebut nama aku?" akhirnya makhluk ni muncul jugak. Mukanya busuk mencuka. Nampak side effect test yg kuat.
"macam mana dgn ..." belum sempat Man habis tanya Farish mencantas soalan itu terlebih dahulu.
"jgn tanya apa pasal test"
"okay takziah utk kau" tutur Sam tanpa menunjukkan apa-apa riak muka, muka tiada perasaan. Memang heartless mamat ni.
"so nak pergi mana ni? jom lah makan, aku lapar doh" sambil mengusap perut Iqbal mengajak sekalian housemate nya.
"jom la hakim, cun?" cadang Sam sambil menyilangkan messenger di bahu.
"cun"
"jom"
"moh ler kita"
p/s: this is sequences of this story